Friday, December 31, 2010

PERTAHANKAN BUDAYA KITA BANGSA MALAYSIA

.
.
' Bang Alam Nia Bissalah Alungai Na Bangsa, Bang Alam Ngahaka Mag Ka Laat Laat Na Kita '
" PELANJAL KAM "
Oleh : Azeehad-2010
.
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB
.
KAMPUNG AYER SEMPORNA
.
LAWAN WEB INI DI BENA OLEH ANAK ANAK ASAL PENDUDUK KG.AYER
Sebagai Mengenang PERTAHANAN TERAKHIR Tanah Adat didalam Bandar Semporna
.
' Kita Sering mendengar Wanita Melayu Terakhir, Gadir Melayu Terakhir , Sekarang ini Perkampungan dalam Bandar Semporna , KEMPUNG AIR adalah Pertahanan Tanan Bumiputera TERAKHIR di Pekan SEMPORNA '
Melayapkan Kg.Ayer Semporna ,Umpama Membunuh Budaya Bangsa Bumiputera Daerah Semporna

Sunday, August 1, 2010

.
IKUTI LAPORAN SEJARAH
AYER SEMPORNA
.
Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh
.
( Laporan Blog Sabahkini.net )
( Laporan Blog Sabahkini.net )
( Laporan Blog Sabahkini.net )
( Laporan Blog Sabahkini.net )
( Laporan Blog Sabahkini..net )
.
Perjuangan Mesyarakat Persisiran ( Tao'Higad ) untuk sekian lama 100 Tahun

Sunday, January 10, 2010

JETI UNTUK KAPITALIS PENDUDUK BUMIPUTERA BAKAL BERPUTIH MATA

.
BAKAL ANCAMAN MASA DEPAN KG.AYER
JETI PUSAT PENCUNGAN SEDANG DALAM PEMBENAAN
DI SEBELAH KIRI KG.AYER BAKAL DIMILIKI GOLONGAN KAPITALIS
DAN KAPITAN KAPITAN
( 1 )
Jeti yang cantik ini dibena di Kg.Ayer Semporna akhirnya jatuh
ke tangan kapitalis dan kapitan kapitan sementara penduduk Kg.Ayer
berputih mata untuk memilikinya kerana tiada Lesen Pencungan.
Hak & Tanah Adat jatuh lagi ke tangan Bukan Bumiputera yang berkongsi
yang bersekongkong dengan si Dia.....
( 2 )
Rumah kg.Ayer yang berhampiran Jeti berkenaan seharus dihentikan
pembenaannya kerana tidak memberi manafaat kepada penduduk selain
daripada mengisikan golongan kapitalis agresif yang bakal terus menghempit
tanah tanah adat bumiputera di Semporna
( 3 )
Pertahanan terakhir TANAH ADAT bumiputera dibandar Semporna
bakal terancam jika tiada ikthihar untuk menghentikannya, tiada gunanya Pembangunan ini
Jika terpaksa mengusir tuannya yang menjadi Pemilik adat sejak ratusan tahun dahulu.
( 4 )
Kampung Warisan Bangsa bakal hilang dan lanyap, tanah adat anak negeri Bumiputera
ini seolah-olah menunggu masa untuk diserahkan kepada kapitalis yang bersokongkong
dengan si Dia...
hempitan demi hempitan oleh kapitan kapitan
Andai kata saya keseorangan memperjuangkannya , saya akan tetap berkata wahai para Pemimpin dan Pentadbir Daerah , Saya tidak bersetuju dengan rancangan itu atau tindakan itu, jika kamu terus menutup mata dan membiarkan penduduk BUMIPUTERA ini tersingkir dari bumi dan tanah air nya kerana Ideologi Water Front, Ideologi Conservation, Ideologi Bikin Rugi, ideoloji berkongsi.

Thursday, January 7, 2010

MEMORENDUM KG.AYER DI KEMBALIKAN TANPA PERHATIAN

.
PETA PEKAN SEMPORNA
.

.
HEMPITAN KAPITALIS KAPITAN
.
WATER VILLAGE : Kg.Ayer Semporna Terhempit oleh Golongan 'kapitalis' yang sedang berlumba-lumba membena pusat pelancongan di Pekan Semporna, peta Pekan Semporna 'KUMPULAN DOLTON SDN BHD' sedang membena bangunan bangunan Pelancungan di Sebelah kanannya sementara 'KUMPULAN UNCLE CHANG DAN NIEPEW' nya sedang membena Jeti Pelancongan untuk Golongan Kapitalis menjalankan aktiviti Perniagaan. Keadaan tanah pantai yang sempit dihempit lagi oleh kapitalis yang sedang rakus mengaut keuntungan.
Pentadbiran Daerah nampaknya lebih berminat dan memberi keistimewaan? kepada Golongan ini menjalankan aktivitinya membena bangunan bangunan pelancungan yang mengakibatkan keadaan tanah RESERVE KAMPUNG AYER semangkin sempit. Kg.Air yang sebelum ini mempunyai kawasan tanah Persisiran hampir 50 ekar nampaknya dihempit sehingga keadaan keluasanya tidak sampai 20 ekar.

MEMORANDUM KG.AYER SEMPORNA DI TOLAK.

Satu Memorendum telah dirumuskan oleh mesyarakat KG.AYER Semporna (Penduduk Bumiputera) sebagaimana penduduk yang Tinggal Di Hutan atau Daratan (Penduduk Setinggan Hutan) di Negeri ini.
Tujuan memorendum ini dikemukakan ( Sila Klik Link ) sebagai satu plan cadangan Penduduk kampung bagi menyahut Matlamat Kerajaan kearah Setinggan Sifar 2015 ( Sabah Negeri Maju ). Jawatankuasa Ad-hoc Kampung Ayer yang ditubuhkan pada 3hb. januari 2010 membuat keputusan untuk mencotohi rakan rakan mereka YANG TINGGAL DALAM HUTAN atau yang BERSETINGGAN dalam hutan supaya masa depan mereka terjamin kearah setinggan SIFAR 2015.

Namun memorendum ini telah dikembalikan Tanpa Kajian, Bacaan dan Diteliti dengan alasan saluran yang sesuai bagi maksud ini adalah saluran Politik.
Bagi pihak jawatankuasa Ad-hod Kampung Ayer kami akur dengan tindakan Pegawai Daerah yang tidak berminat untuk membaca,menkaji dan meneliti memorendum ini dan seterusnya menyerahkan beban tugas itu kepada Wakil Rakyat untuk menjalan kerja berkenaan, berhadapan dengan rakyat.
Nampaknya Pentadbiran Daerah lebih berminat dan memberi keistimewaan kepada Golongan KAPITALIS untuk terus menghempit mesyarakat KG.AYER, Dengan pembenaan bangunan bangunan pelancungan, jambatan dan jeti sedang rencak bangunkan masa ini.
Selaku jawatankuasa Ad-hoc Kg.Ayer yang bertanggungjawab kami akan menulis surat kepada ADUN Bugaya Datuk Ramlee Marahaban untuk memaklumkan perkara ini dan mengajak Ahli Yang Berhormat berkenaan untuk mengadakan satu Dailog dengan penduduk Kg.Ayer bagi memastikan rancangan pihak kerajaan mencapai matlamat SETINGGAN SIFAR benar benar memberikan manafaat kepada mesyarakat kampung dan rakyat bukan kepada KAPITALIS.

Insya-allah sedikit masa lagi kita akan mengirimkan surat kepada beliau(ADUN BUGAYA) bagi maksud ini bersama memorendum yang di tolak itu.
Kita juga akan memohon supaya Jeti Pelancongan yang sedang rancak dibena disebelah Kg.Ayer itu di hentikan 'serta merta' sebelum masalah mesyarakat kampung diselesaikan terlebih dahulu, kerana perbuatan dan rancangan ini hanya menyebabkan penduduk Kg.Ayer kekurangan tanah perumahan dimana tanah tanah ini berikan pula kepada Golongan KAPITALIS.
Saya sempat datang ke PEJABAT DAERAH SEMPORNA pada 5HB. Januari 2010 jam 3.00 petang (selasa) masa Pejabat,untuk menemui D.O (Peg.Daerah Semporna) yang kebetulan sedang bermasyuarat dengan GOLONGAN KAPITALIS (Pengusaha Pelancungan yang membangun JETI PELANCUNGAN di KAMPUNG AYER), saya amat terkejut bila melihat salah seorang pengusaha pelancungan yang hadir bermasyuarat dengan beberapa ketua ketua JABATAN DAERAH SEMPORNA didalam BILIK MESYUARAT RASMI PEJABAT DAERAH SEMPORNA yang dihadiri oleh D.O sendiri dan Peg.Kerja kanan MAJLIS DAERAH SEMPORNA juga beberapa Ketua Ketua jabatan.
Pengusaha berkenaan hadir bermesyuarat dengan BAJU SINGLIT KETIAK KELUAR (Maaf saya tak tahu apa singkatan jenis baju ini tapsirkan sendiri), berada dalam pejabat rasmi kerajaan berhadapan dengan ketua ketua jabatan DAERAH SEMPORNA.
Isunya disini GOLONGAN KAPITALIS ini terlalu berkuasa sehingga boleh menutup mulut KETUA KETUA JABATAN untuk mengajarnya DISPLIN BERPAKAIAN dan BERMESYUARAT untuk membincang Masa depan Rakyat.
Jika inilah Disiplin pengusaha Pelancungan menghadiri mesyuarat sehingga gagal memperlihatkan PAKAIAN BERSOPAN (Mungkin belum berus gigi) dan datang ke MESYUARAT RASMI Ketua ketua Jabatan seperti KOBOI, maka tak hairanlah Rakyat KG.AYER akan dilayan dan ditangani oleh pihak Pentadbiran DAERAH cara KOBOI, Kebetulan pula KOBOI ini sedang membangun jeti Pelancungan Semporna.
Insyallah bagi maksud ini pihak saya akan memanggil satu perjumpaan dengan penduduk kg.air bagi membincangkan lojik dan keperluan JETI BERKENAAN yang sedang dibena di kg.Ayer dimana Lesen hanya diberikan kepada pengusaha Pelancongan untuk mendudukinya, sementara penduduk tempatan TIADA SEORANG pun memiliki Lesen Berkenaan (penduduk Tempatan KG.AYER) dan layak memilikinya kerana peraturan dan faktor LESEN PPELANCUNGAN yang hanya dikeluarkan kepada KAPITALIS.
Antara lain dalam memorendum 11 PERKARA itu penduduk kampung memohon plan tindakan Jangka Panjang, Jangka Pendek dan Tindakan serta merta bagi masa depan mesyarakat kampung yang dianggap oleh PENTADBIRAN DAERAH sebagai SETINGGAN.
Pada pendapat saya KG.AYER SEMPORNA bukanlah SETINGGAN hanya mereka yang berfikiran KOBOI menganggap KG.AYER sebagai setinggan.
Adun dan MP kawasan ini diminta untuk lebih berhati hati menangangi PENEMPATAN KG.AYER kerana mereka adalah pemduduk tempatan dan bumiputera tulin Daerah ini yang mempunyai legasi terkenal iaitu LEGASI MAGINDORA (Mangi' - in - dorah).



Tuesday, January 5, 2010

AJK INDUK 'Ad-hoc' KG.AYER SEMPORNA

.
SENARAI AJK INDUK JAWATANKUASA BERTINDAK

KG.AYER SEMPORNA KEARAH 2015

.
Selain Ajk Diatas juga telah diputuskan setiap Lorong diwakili oleh

5 orang setiap Lorong


PROFILE AJK INDUK KG.AYER SEMPORNA :

Ajk Ad-hoc yang telah ditubuhkan adalah diantara anak anak kelahiran Kg.Ayer yang boleh membantu pihak Kerajaan menangani permasalahan penempatan Kg.Air.

Diantaranya 3 orang penal penasihatnya dan Pengerusi serta Setiausahanya yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran boleh membantu pihak kerajaan menangani permasalahan yang ada.

Hj. Mahmud Hj. Mansur -


Seorang Pentadbir dan pernah menjadi Setiausaha Kewangan Kerajaan Negeri Sabah diyakini boleh membantu menjayakan dan menangani masalah kg.Air, dimana beliau juga mempunyai pengalaman luas dalam bidang Politik,Ekonomi dan Pentadbiran dan berkelulusan dari Universiti Kebangsaan, hari ini menjadi ahli perniagaan dan tidak melibatkan diri dalam Politik.

Datuk Basalie Hj. Abdul Hamid -

Setiausaha Kerja Exsekutif Barisan Nasional Negeri Sabah, pernah menjadi 'Peguam Negeri' sebelum membuka Syarikat Guaman sendiri ( Basalie & Co. ) dan seterusnya menjadi ADUN BUGAYA satu Panggal ( Dalam Kawasan DUN KG.AER ) berkulusan UNdang-Undang dari LONDON, hari ii menjadi Pengerusi KKIP ( Kota Kinabalu Industrial Park ). - Beliau Menjadi Ahli U.M.N.O Sabah yang boleh membantu pandangannya kedalam parti Kerajaan.

En. Abdul Azis Hj. Abdul Hamid -

Seorang yang amat berpengalaman berkelulusan dari Universiti Ohio, Amerika dan bermstautin di Amerika selama 20 tahun, telah kembali ke Kampung di Kg.Ayer Semporna untuk berkhidmat kepada mesyarakatnya dan hari ini menjadi Peniaga beliau juga menjadi ahli politik dari Parti Keadilan Rakyat P.K.R.

Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh - Pengerusi Ad-hoc.


Menjadi Ahli Perniagaan mempunyai pengalaman dalam bidang Pentadbiran, ekonomi, politik,keusahwanan dan NGO dari Universiti Institute Teknology MARA dalam bidang Pentadbiran Awam dan Undang-Undang.

Menjadi Pengerusi KELAB USAWAHAN MUDA SEMPORNA., Pengerusi Local Forum Komuniti Tun Sakaran Marine Park ( Lcf-TSMP ) SEMPORNA dan Setiausaha Agong NGO Ex-USNO Sabah, adalah di antara penduduk asal yang masih Tinggal di Kg.Air Seporna dan sekarang menjadi Ahli Perniagaan.Beliau juga seorang yang tidak menganggotai mana mana parti Politik selain dari memperjuangkan N.G.O U.S.N.O.

En. Khalid Mohd Taif - Setiausaha Ad-hoc

Beliau seorang yang aktif dalam NGO dan menjadi Ketua Bahagian Parti PBS Dun Senallang serta memeggang jawatan AHLI MAJLIS TERTINGGI Parti PBS sebelum ini, mempunyai pengalaman luas dalam mesyarakat dan masih menganggotai parti P.B.S Sabah.


Jesteru itu jawatankuasa ini akan bertindak untuk memperjuangkan hak Rakyat tanpa mengira kepentingan POLITIK dalam memperjuangkan HAK RAKYAT untuk tinggal di KG,AYER.


Sementara itu Wakil lorong yang telah dipilih berdasarkan pengalaman dan hubungan dan pengaruh mereka dalam mesyarakat di Kg.Ayer Semporna. Dengan terbentuknya Ajk Kg.Ayer yang terdiri dari mereka berpangalamam dan berpendidikan maka pihak pentadbiran Daerah muda untk meneylesaikan Permasalahan Penduduk.

.



Saturday, January 2, 2010

PERJUMPAAN PERTAMA WAKIL LRG.KG.AYER

.
JAWATANKUASA AD-HOC KG.AYER PERTAMA
.
.
Dalam Perjumpaan pertama oleh mesyarakat kampung air , keputusan telah dibuat supaya satu perjumpaan KOARUM PENUH hendaklah diadakan di kediaman En.Abdullah Sani bin Hj.Abdul Salleh di Kg.Ayer Lorong 3 Abdullah Sani pada 03.01.2010 ( Ahad ) bagi memutuskan penubuhan Ad-hoc Committee bagi menjalankan tugas dan tanggungjawabnya terhadap masa depan kg.Ayer pada masa akan datang.
Perjumpaan ini dihadiri oleh :
1. ABDULLAH SANI HJ. ABDUL SALLEH ( Lrg.3 -Lorong Abdullah Sani )
2. HAJI MAHMUD HJ. MANSUR ( Lrg. 1 - Lorong Hj. Mahmud Hj. Mansur )
3. MAHMUD HAJI AHMAD ( Lrg. 5 - lorong YB.Datuk Basalie & Hj. Baddiri )
4. YUSSOF HJ. WAHAB ( Lrg. 4. - Lorong Penghulu Hindi & Hj. Abdul Razak )
5. AL KONSO HJ.ABDUL SALLEH ( Lrg 6 - Lorong Hj. Jun & Hj. Mutalib ).
6. ABDUL AZIS HAJI HAMID - hantar wakil ( Lrg. 2-Lorong Hj. Abdul Hamid )
7. HJ. NASIR HAJI JUN ( Mangsa Kebakaran 15-12-2009 )
Lorong dan Jambatan atau 'wharf' atau Lot ini mempunyai nama masing masing disebabkan penama penama adalah mereka yang bertanggungjawab membena jambatan berkenaan dan menyelanggaranya untuk sekian lama sejak wujudnya penerokaan di kampung Air Semporna.
Lorong Lorong ini juga telah dipohon oleh penduduk secara rasmi melalui pegangan GERAN masing masing dan masih dalam proses permohon disebabkan masalah Pentadbiran yang berlanjutan. Meysarakat kampung Ayer memang sedia maklum bahawa Status ini di Kawasan ini adalah STATE LAND dan boleh dimiliki secara INDIVIDU.